#under_header{margin:10px 0;padding:1%;width:98%;}

Ahad, 6 Oktober 2013

ARTIKEL 1 :KENAPA SAYA MENJADIKAN EMAS DAN PERAK SEBAGAI ASET SIMPANAN SAYA (Bahagian 1)

1. "NILAI" EMAS DAN PERAK KEKAL SELAMANYA


Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w, "Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham." (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal).

Hadis ini jelas memaparkan kepada kita bahawa Dinar (Emas) dan Dirham (Silver) merupakan nilai matawang yang kekal hingga kiamat. Rasulallah s.a.w amat menggalakkan umatnya untuk menyimpan kedua-dua komiditi emas dan perak ini sebagai jaminan kepada umatnya agar kekal memiliki harta yang bernilai untuk kegunaan pada masa hadapan. Robert T. Kiyosaki ( 2013) menjelaskan bahawa dalam pemilihan aset, perkara utama yang perlu diambilkira adalah "NILAI" aset bukannya pada "HARGA" aset tersebut. Emas dan perak merupakan aset yang kekal nilainya sepanjang zaman hinggalah akhirat (Al-haj ayat 23). Maka bersandarkan kepada kelebihan yang dimilki oleh emas dan perak inilah yang memberi inspirasi kepada saya untuk tidak ragu-ragu dalam memilih emas dan perak salah sebagai salah satu daripada fortfolio penyimpanan dan pelaburan saya. 

Sebuah artikel yang dipetik daripada emassarawak.com turut menceritakan kepada umum bahawa dalam kisah ashabul kahfi turut membuktikan bahawa emas dan perak merupakan logam kalis inflasi. 

Salah satu mukjizat Rasulullah s.a.w adalah Al-Quran. Antara surah dalam al-Quran adalah surah al-Kahfi. Ianya mengandungi kisah sekumpulan lelaki yang ditidurkan oleh Allah SWT yang dalam sesetengah riwayat mereka ini telah ditidurkan selama 309 tahun. Mereka telah di bangkitkan dari tidur dan berlaku beberapa kisah yang turut dijadikan hujjah sesetengah pengkaji bahawa emas dan perak ini merupakan logam kali inflasi.

Ashabul Kahfi adalah nama sekelompok orang beriman yang hidup pada masa Raja Diqyanus di Romawi, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya nabi Isa as. Mereka hidup ditengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Ketika sang raja mengetahui ada sekelompok orang yang tidak menyembah berhala, maka sang raja marah lalu memanggil mereka dan memerintahkan mereka untuk mengikuti kepercayaan sang raja. Tapi Ashabul Kahfi menolak dan lari, dikejarlah mereka untuk dibunuh. Ketika mereka lari dari kepungan pasukan raja, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai tempat persembunyian. Dengan izin Allah mereka kemudian ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua, dan dibangkitkan kembali ketika masyarakat dan raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan raja yang beriman kepada Allah SWT (Ibnu Katsir, Tafsir al-Quran al-’Adzim, jilid:3, hal.67-71).
Dipendekkan cerita, salah seorang daripada mereka bernama Tamlikha diutus ke pasar untuk membeli makanan dan sebagainya (walhal mereka tidak sedar yang mereka telah hidup di zaman yang berbeza). Dengan beberapa kepingan dinar dan dirham ditangan beliau untuk pergi ke pasar. Melihatkan suasana kota yang begitu berbeza membuatkan Tamlikha menjadi kehairanan. Apabila sampai ke gerai roti berlaku dialog antaranya dengan penjual roti tersebut,
Tamlikha: Hai tukang roti, apakah nama kota ini?
Penjual Roti: Aphesus.
Tamlikha: Siapakah nama raja kalian?
Penjual Roti: Abdurrahman
Tamlikah: Kalau yang kau katakan itu benar, urusanku ini sungguh aneh sekali! Ambillah wang ini dan berilah makanan kepadaku!
Melihat wang dinar itu, penjual roti kehairanan disebabkan wang yang dibawa Tamlikha itu adalah wang zaman lampau yang ukurannya lebih besar dan lebih berat.
Pendeta Yahudi yang bertanya itu kemudian berdiri lalu bertanya kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali, kalau benar-benar engkau mengetahui, cuba terangkan kepadaku berapa nilai wang dinar lama itu dibanding dengan wang baru!”
Imam Ali menerangkan:
“Kekasihku Muhammad Rasul Allah s.a.w. menceritakan kepadaku, bahawa wang yang dibawa oleh Tamlikha dibanding dengan wang baru, ialah setiap dirham lama bersamaan dengan sepuluh dan dua pertiga dirham baru!” (10 kali ganda).
Apa yang dapat diperhatikan dalam kisah ringkas ini adalah mengenai dirham dan dinar yang dimiliki oleh Tamlikha kekal bernilai walaupun wang yang digunakan oleh Tamlikha adalah wang 309 Tahun sebelumnya. Jika dibuat perbandingan dengan wang kertas seluruh dunia pada era ini, hampir kesemuanya dimamah inflasi. Oleh yang demikian tidak mustahil, bagi sesiapa yang masih mengekalkan simpanan dalam bentuk wang fiat akan kekal mewarisi aset yang sangat rapuh jika dibandingkan dengan emas dan perak. Allahualam.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan