#under_header{margin:10px 0;padding:1%;width:98%;}

Selasa, 8 Oktober 2013

ARTIKEL 3: EMAS JADI MODAL PERNIAGAAN.

Assalamulaikum wtb.

Sedikit perkongsian tentang kelebihan emas untuk santapan semua mahupun yang telah membeli emas daripada saya, isteri saya, daripada kedai emas atau sesiapa sahaja asalkan emas itu adalah emas tulin. benda baik, adalah baik untuk dikongsi.

satu kelebihan emas FIZIKAL, (Maksudnya, bukan emas yang kalian beli daripada AKAUN emas daripada bank) adalah emas fizikal tersebut boleh digadaikan atau istilah yang lebih dikenali adalah ARRAHNU.

secara mudahnya, saya ringkaskan arrahnu ni adalah satu kaedah dimana kita mengadaikan emas fizikal kita pada mana- mana tempat untuk kita mendapatkan pinjaman wang. contohnya, saya gadaikan rantai emas saya di bank bernilai RM 14000 dan saya mendapat pinjaman sebanyak 70% daripada jumlah gadaian iaitu lebih kurang RM9000.( p/s: dalam gambar)

Apa kelebihan bilamana emas tersebut boleh digadaikan?. jawapannya adalah kaedah ini membantu untuk mendapat MODAL pusingan perniagaan. contoh situasi:

1. Modal Membeli emas.
- Pinjaman wang daripada hasil gadaian emas tersebut boleh dijadikan sebagai modal untuk menambah stok atau membeli emas apabila harga emas berada pada paras rendah. Apabila harga emas tersebut telah berada paras tinggi, kita dapati harga emas telahpun melepasi harga belian, nilai susut emas, kos upah simpan emas yang digadaikan dan target keuntungan kita, kita sudah boleh untuk menebus semula emas yang digadaikan. Hasilnya, kita akan meraih sejumlah keuntungan disamping kita masih menyimpan emas yang telah ditebus tersebut.

2. Modal perniagaan.
- Apa juga jenis perniagaan perlu modal berbentuk wang? betul kan?. Jadinya, emas fizikal yang anda simpan boleh digadaikan untuk mendapatkan modal awal sebelum bayaran daripada pelanggan dibayar sepenuhnya.

contohnya anda seorang kontraktor jalan raya. Anda ditawarkan untuk menyiapkan projek jalan raya yang bernilai RM 50000. pada kebiasaannya, anda terpaksa menggunakan modal anda sendiri terlebih dahulu untuk menyiapkan projek tersebut, bukan? sekiranya anda memiliki emas fizikal bernilai RM70000 anda boleh menggadaikan emas anda dan mendapat pinjaman RM 50000 (70% daripada nilai emas yang digadaikan) . dengan pinjaman yang diperolehi, anda boleh gunakan sebagai modal untuk menyiapkan projek yang ditawarkan tersebut.

jadi, apabila bayaran daripada pelanggan atau pihak yang menawarkan projek telah dibayar kepada anda, wang tersebut boleh lah digunakan untuk menebus semula emas yang anda telah gadaikan. mudah kan?. Hasilnya, kita akan meraih keuntungan daripada projek jalan raya yang bernilai RM50000 disamping kita turut menyimpan emas yang bernilai RM70000.

mungkin anda perlu mencuba kaedah ini, khususnya kepada para kontraktor, pembekal makanan dan sesiapa sahaja yang bergelar peniaga yang sering mengalami masalah ketiadaan wang untuk pusingan modal. Jaminan yang boleh saya tekankan adalah, kiranya tidak sesuai dan memeningkan kepala anda bila menggunakan teknik ini, anda boleh sahaja jual semula emas yang anda beli kepada saya ataupun mana- mana cawangan public gold seluruh malaysia termasuk di alamesra kota kinabalu (untuk makluman semua bahawa di sabah juga ada cawangannya).

antara keuntungan yang kita perolehi melalui kaedah ini;

1. Dapat menyimpan emas yang sentiasa ada nilai sepanjang zaman
2. Dapat membuat pusingan modal perniagaan anda seperti contoh yang diberikan.

saya juga serta gambar untuk saya kongsikan pengalaman saya dan wife menggadaikan rantai emas public gold yang beratnya 100 gram.

p/s: sedikit perkongsian pengalaman Arrahnu bank Rakyat.

1. Pinjaman 70% daripada nilai emas
2. Kos upah simpan RM0.70 sen bagi setiap RM100 daripada nilai emas.
3. Tempoh matang/ bayaran pinjaman adalah 6 bulan.
4. sekiranya tidak mampu membayar dalam tempoh 6 bulan boleh di lanjutkan maksimum hingga 3 Tahun dengan syarat bayar upah simpan.
5. Proses mendapat pinjaman 1-3 Jam bergantung kepada jumlah emas yang hendak digadaikan.
Selamat bertanya dan mencuba. Semoga bermanfaat untuk semua:)



AMARAN: JANGAN CUBA TEKNIK INI SELAGI ANDA BELUM FAHAM SEFAHAM- FAHAMNYA. kalau tidak faham, anda seharusnya bertanya. saya sudi menjawab. boleh PM/ SMS atau apa sahaja alat perhubungan yang memboleh saya dan anda MUDAH untuk berkomunikasi.

ARTIKEL 2: Pengalaman Gadai Dinar emas di Pejabat Pos Kota Kinabalu.

Assalamualaikum wtb. hari ini saya akan berkongsi anda tentang Arrahnu pejabat pos Kota Kinabalu. Pada mulanya, hari ni mau cuba gadai jongkong emas di Bank Rakyat. tapi pegawai bahagian Arrahnu bagitau, di Sabah masih belum dikuatkuasa. Pegawai tu bagitau, minggu depan baru tau bila akan dikuatkuasakannya.

Jadinya, saya pun terus ke pejabat pos kota kinabalu bersebelahan dengan KK plaza.

saya telah gadaikan 10 Dinar 3 Keping. Yang bestnya, pegawai arrahnu ni sangat familiar dengan produk public gold sebab memang ramai gadai produk public gold di sini katanya.

so, lepas pegawai tu buat kira- kira. Jumlah pinjaman untuk keseluruhannya adalah 10k. sebab limit untuk sehari hanya 10k sahaja. Boleh lah buat untuk pusingan modal bisnes.

Arrahnu pejabat pos ni gini terma dan syarat asas dia.

1. Boleh buat pinjaman sehingga 75% daripda harga emas semasa yang ditetap oleh pihak pejabat pos. ini juga bermaksud, penggadai boleh ambil jumlah minimum contoh 10% sahaja daripada harga emas.

2. Kos upah simpan serendah 75 sen setiap RM100 daripada jumlah pinjaman. contoh harga 10 dinar RM5900, jumlah pinjaman RM4425 (75% daripada RM5900) kos upah simpannya adalah RM33.00 sebulan ( RM4425 x RM0.75 = RM33). Untuk makluman, keistimewaan arrahnu pejabat pos adalah, sekiranya kita menebus emas kita sebelum cukup bulan, maka pejabat pos akan kira kos upah simpan dengan mengira berapa hari emas kita disimpan oleh mereka. contoh, kalau sekiranya sebulan kos upah simpan adalah RM33, maka sehari baru RM1.10. (Mak ai, murah sungguh!). kalau simpan baru 10 hari? ( 10 x RM1.1 = RM 11)

Apa sebenarnya kelebihan arrahnu bagi saya dan rakan yang ada emas yang lain ni?..sibuk pasal arrahnu ja ni. jawapannya mudah, untuk menukarkan emas kita kepada wang tunai pada masa-masa yang sangat memerlukan tunai contoh macam yang saya buat hari ini, untuk pusingan modal perniagaan.

3. Di buka setiap hari bekerja dan pada hari sabtu kedua dan keempat dari jam 8-12 tengahari. sangat strategik lokasi pejabat pos ni sebab bersebelahan dengan pusat membeli belah di Segama dan KK plaza. so, kalau sabtu pun buka, maka ini memudahkan rakyat sabah yang ada emas menggadaikan emas walaupun kakitangan awam.

4. Cawangan ada d KK, Tawau, sandakan dan Lahad Datu.



                                                           Gadai 10 Dinar Sebanyak 3 Keping
                                       
Allahualam. semoga membantu.



Ahad, 6 Oktober 2013

ARTIKEL 1 :KENAPA SAYA MENJADIKAN EMAS DAN PERAK SEBAGAI ASET SIMPANAN SAYA (Bahagian 1)

1. "NILAI" EMAS DAN PERAK KEKAL SELAMANYA


Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w, "Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham." (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal).

Hadis ini jelas memaparkan kepada kita bahawa Dinar (Emas) dan Dirham (Silver) merupakan nilai matawang yang kekal hingga kiamat. Rasulallah s.a.w amat menggalakkan umatnya untuk menyimpan kedua-dua komiditi emas dan perak ini sebagai jaminan kepada umatnya agar kekal memiliki harta yang bernilai untuk kegunaan pada masa hadapan. Robert T. Kiyosaki ( 2013) menjelaskan bahawa dalam pemilihan aset, perkara utama yang perlu diambilkira adalah "NILAI" aset bukannya pada "HARGA" aset tersebut. Emas dan perak merupakan aset yang kekal nilainya sepanjang zaman hinggalah akhirat (Al-haj ayat 23). Maka bersandarkan kepada kelebihan yang dimilki oleh emas dan perak inilah yang memberi inspirasi kepada saya untuk tidak ragu-ragu dalam memilih emas dan perak salah sebagai salah satu daripada fortfolio penyimpanan dan pelaburan saya. 

Sebuah artikel yang dipetik daripada emassarawak.com turut menceritakan kepada umum bahawa dalam kisah ashabul kahfi turut membuktikan bahawa emas dan perak merupakan logam kalis inflasi. 

Salah satu mukjizat Rasulullah s.a.w adalah Al-Quran. Antara surah dalam al-Quran adalah surah al-Kahfi. Ianya mengandungi kisah sekumpulan lelaki yang ditidurkan oleh Allah SWT yang dalam sesetengah riwayat mereka ini telah ditidurkan selama 309 tahun. Mereka telah di bangkitkan dari tidur dan berlaku beberapa kisah yang turut dijadikan hujjah sesetengah pengkaji bahawa emas dan perak ini merupakan logam kali inflasi.

Ashabul Kahfi adalah nama sekelompok orang beriman yang hidup pada masa Raja Diqyanus di Romawi, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya nabi Isa as. Mereka hidup ditengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Ketika sang raja mengetahui ada sekelompok orang yang tidak menyembah berhala, maka sang raja marah lalu memanggil mereka dan memerintahkan mereka untuk mengikuti kepercayaan sang raja. Tapi Ashabul Kahfi menolak dan lari, dikejarlah mereka untuk dibunuh. Ketika mereka lari dari kepungan pasukan raja, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai tempat persembunyian. Dengan izin Allah mereka kemudian ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua, dan dibangkitkan kembali ketika masyarakat dan raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan raja yang beriman kepada Allah SWT (Ibnu Katsir, Tafsir al-Quran al-’Adzim, jilid:3, hal.67-71).
Dipendekkan cerita, salah seorang daripada mereka bernama Tamlikha diutus ke pasar untuk membeli makanan dan sebagainya (walhal mereka tidak sedar yang mereka telah hidup di zaman yang berbeza). Dengan beberapa kepingan dinar dan dirham ditangan beliau untuk pergi ke pasar. Melihatkan suasana kota yang begitu berbeza membuatkan Tamlikha menjadi kehairanan. Apabila sampai ke gerai roti berlaku dialog antaranya dengan penjual roti tersebut,
Tamlikha: Hai tukang roti, apakah nama kota ini?
Penjual Roti: Aphesus.
Tamlikha: Siapakah nama raja kalian?
Penjual Roti: Abdurrahman
Tamlikah: Kalau yang kau katakan itu benar, urusanku ini sungguh aneh sekali! Ambillah wang ini dan berilah makanan kepadaku!
Melihat wang dinar itu, penjual roti kehairanan disebabkan wang yang dibawa Tamlikha itu adalah wang zaman lampau yang ukurannya lebih besar dan lebih berat.
Pendeta Yahudi yang bertanya itu kemudian berdiri lalu bertanya kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali, kalau benar-benar engkau mengetahui, cuba terangkan kepadaku berapa nilai wang dinar lama itu dibanding dengan wang baru!”
Imam Ali menerangkan:
“Kekasihku Muhammad Rasul Allah s.a.w. menceritakan kepadaku, bahawa wang yang dibawa oleh Tamlikha dibanding dengan wang baru, ialah setiap dirham lama bersamaan dengan sepuluh dan dua pertiga dirham baru!” (10 kali ganda).
Apa yang dapat diperhatikan dalam kisah ringkas ini adalah mengenai dirham dan dinar yang dimiliki oleh Tamlikha kekal bernilai walaupun wang yang digunakan oleh Tamlikha adalah wang 309 Tahun sebelumnya. Jika dibuat perbandingan dengan wang kertas seluruh dunia pada era ini, hampir kesemuanya dimamah inflasi. Oleh yang demikian tidak mustahil, bagi sesiapa yang masih mengekalkan simpanan dalam bentuk wang fiat akan kekal mewarisi aset yang sangat rapuh jika dibandingkan dengan emas dan perak. Allahualam.